"Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!!"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blogini, terima kasih kami ucapkan sepanjang kelahirannya, pengunjung masih lagi maintain bersama-sama kami. Berkat kesabaran dan usaha kita semua, laman rasmi masih lagi gah di persada blogging!
Di kesempatan ini, saya selaku wakil pihak krew serta ahli keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia,saat mulia dalam Islam iaitu AidilAdha! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya.
Nampak tak ayat ‘quote’ di atas? haa.. itu cuma sebahagian ayat SMS yang saya terima daripada rakan-rakan yang masih mengingati saya, Terima Kasih saya ucapkan.. Yang mana saya tak sempat SMS atau call, jangan marah, bukan saya lupa.. tidak, cuma kesibukan mengatasi segalanya. Walaupun sibuk saya tetap akan menlapangkan masa dalam hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA”
0 ulasan:
Post a Comment